Welcome to my Blog

Welcome to my Blog

Friday, 13 June 2014

Video Berkumpulan: Friendship


Assalamualaikum & Hi

Alhamdulillah akhirnya kami berjaya menghasilkan sebuah video yang bertajuk 'Friendship'. Friendship atau dalam bahasa melayu, persahabatan merupakan jalinan yang amat bermakna bagi hampir semua orang.

Wednesday, 11 June 2014

Essay Berkumpulan: Tahap pengausaan ICT dalam kalangan jururawat di PPUKM


Assalamualaikum & Hi.



Untuk assignment berkumpulan bagi tugasan essay atau boleh dikatakan research mini, kami telah mendapat tajuk 'Tahap Penguasaan ICT dalam kalangan Jururawat di PPUKM'. Kaedah kajian yang digunakan dalam melalui edaran borang soal selidik.

Hasil kajian dan sebagainya boleh rujuk di link di bawah.

Power Point: Tahap Penguasaan ICT Dalam kalangan Jururawat di PPUKM

Saturday, 17 May 2014

Isu: Oh Missy

Assalamualaikum & Hi !

Tajuk artikel saya:

" Oh Missy "
Inspired by a song titled Rescue by Yuna


Oh Missy 

by Nur Fatin Binti Ramli


"Oh missy" atau lebih tepat "Oh Jururawat". Panggilan 'missy' memang sinonim dengan jururawat terutama bagi jururawat wanita. Namun, kadang-kala ada juga yang memanggil jururawat lelaki dengan panggilan 'missy'. Kenapa? Bukan ke terlalu feminine untuk para jururawat lelaki?

Dalam bahasa Inggeris, 'missy' adalah panggilan untuk wanita muda atau anak gadis. Pada zaman jajahan British dahulu kala, doktor gemar memanggil jururawat dengan panggilan 'missy' memandangankan kebanyakannya terdiri daripada wanita muda. Panggilan 'missy' dianggap lebih sopan apabila manyapa jururawat yang tidak diketahui namanya. Namun, setelah berpuluh-puluh tahun zaman jajahan tersebut telah berlalu, panggilan 'missy' masih digunapakai sehingga ke hari ini. Namun, adakah panggilan 'missy' masih praktikal dan sesuai dengan zaman moden kini? Adakah jururawat zaman kini, selesa dengan panggilan tersebut?

Ada juga yang mengatakan bahawa panggilan 'missy' ini comel dan sesuai digunakan untuk jururawat yang kebanyakannya comel, cantik, berhemah dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Betul ke? Alhamdulillah. Kecomelan dan kecantikan itu anugerah yang dikurniakan oleh Allah. Jadi, jururawat lelaki yang dipanggil 'missy' pun dikira comel? Ehem.

Jururawat merupakan sebuah kerjaya yang mulia sekiranya kena pada niat dan tingkah laku. Tidak dapat disangkal bahawa kerjaya ini dimanipulasi oleh kaum hawa, namun kini, terdapat permintaan tinggi untuk jururawat lelaki di dalam dan juga di luar negara disebabkan oleh tenaga mereka lebih kuat berbanding wanita. 

Jururawat memerlukan kekuatan fizikal, intelektual, emosi, rohani dan juga mental yang tinggi kerana mereka berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dengan pelbagai jenis penyakit. Jumlah pesakit di hospital semakin meningkat disebabkan beberapa faktor iaitu umur, pemakanan, latar sosial, keturunan dan sebagainya. Salah satu faktor yang paling popular di Malaysia adalah pemakanan. 


Meskipun gaji dan persepsi kerjaya jururawat tidak berada di tahap yang boleh mengklasifikasikan ia sebagai sebuah kerjaya yang professional, namun jururawat merupakan kerjaya yang paling dekat dengan semua lapisan masyarakat. 

“Jadi jururawat adalah menjadi sebahagian daripada hidup orang lain. Sabar, ikhlas, cekap dan tanamkan rasa cinta, InsyaALLAH, anda akan berasa profesyen ini suatu kecintaan yang sangat suci,” kata Professor Dr Hjh Rohani Hj Arshad, tokoh jururawat Malaysia 2008. 
Kita dapat melihat terdapat ramai jururawat yang bertugas atau perkhidmat di hospital dan juga klinik, namun mereka kekurangan tokoh yang berada di atas untuk mendukung kerjaya ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Ini merupakan peluang keemasan bagi pelajar kejururawatan untuk berusaha lebih gigih dan mencapai tahap yang lebih tinggi untuk menaiktarafkan kerjaya jururawat seperti yang sedang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika dan sebagainya. 

Pelajar kejururawatan kini yang sedang mencari peluang kerjaya perlu lebih kreatif dan berfikiran terbuka untuk pergi lebih jauh. Tidak seperti kerjaya lain yang telah stabil seperti doktor, engineer, guru dan sebagainya, kerjaya jururawat memerlukan individu yang bergiat aktif untuk berada diatas dan meletakkan kerjaya jururawat sebagai kerjaya yang mempunyai kepakaran yang lebih spesifik seperti pakar motivasi, pakar penjagaan luka, pakar jagarawatan intensif dan sebagainya.  

Banyak usaha yang boleh dilakukan bagi menaiktaraf kerjaya seorang jururawat. Kerjaya ini mungkin telah menggapai tahap yang tinggi di hati masyarakat, namun, untuk kepuasan di hati jururawat zaman kini juga penting, bukan tujuan untuk menunjuk-nunjak tapi untuk mencapai suatu kepuasa berada di tahap yang tinggi dalam kerjaya jururawat. Yeah Missy!

Kita? Kita yang masih bergelar pelajar kejururawatan UKM, pasti boleh pergi lebih jauh, InsyaAllah. Pergilah merantau dimana pun untuk mencari ilmu, kerana ilmu Allah itu terlalu luas. 

Terima kasih.


So, apa pendapat korang tentang artikel ni?
"Let's head to success"


Friday, 16 May 2014

Produk Inovasi (10 gambar)

Produk Inovasi Saya

My Compax

Inspired by a song titled 'I choose to love you' By Hyorin



Tada! Ni dia produk saya untuk subject Inovasi. Secara ringkas, produk ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar kejururawatan, staff nurses, doktor dan sebagainya yang memerlukan satu ruang yang boleh memuatkan semua barang kecil penting seperti, kad matrik, duit belanja harian, kunci rumah, kad access dan kad bank. Semua benda ini boleh muat dalam satu 'Compax', jadi memudahkan anda untuk mencari barang dalam poket dan lebih teratur. Jika berminat, boleh message saya. 

Ini produk saya. Anda?












Good luck!

10 Gambar item Teknology Inovasi


1.      T-Haler
T-Haler merupakan sebuah alatan digital untuk melatih cara-cara penggunaan inhaler yang betul untuk pesakit yang menghidapi asthma. Teknologi baru ini telah direka oleh penyelidik-penyelidik dari Cambridge Consultants. Alatan ini berfungsi dengan wujudnya software interaktif yang disambungkan kepada alatan tersebut secara wireless untuk memberi maklum balas tentang penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pesakit. Alatan ini akan mengesan tiga faktor keberkesanan aliran ubat iaitu; goncangan alatan sebelum pesakit menarik nafas, daya kekuatan pesakit menarik nafas, dan penekanan di canister untuk pelepasan ubat di waktu yang optimal. Alatan ini sesuai digunakan di klinik kesihatan, sekolah dan farmasi bagi semua lapisan masyarakat.


2.      Intel Health Guide PHS6000


Alatan ini merupakan sebuah penyelesaian yang komprehensif yang digunakan oleh pesakit di rumah yang dirangkaikan secara online bagi memudahkan pegawai kesihatan memeriksa keadaan semasa pesakit dari jarak jauh dan membantu dalam perancangan penjagaan pesakit di rumah. Alatan ini dilengkapi dengan software yang memudahkan pesakit berkomunikasi melalui video dan suara dengan pegawai kesihatan mereka dari jarak jauh. Alatan interaktif ini berfungsi untuk mengumpul data tanda vital, pelan jagarawatan yang efektif, reminder kepada pesakit, bahan mengajar dan bahan komunikasi.

3. Walking Cane

Alatan ini membantu pesakit yang gemar bergerak secara aktif dan sukar keluar dari rumah disebabkan oleh masalah kesihatan. Alatan yang kelihatan seperti tongkat ini direka untuk kegunaan harian yang dilengkapi dengan teknologi khas. Alatan bantuan ini direka khas untuk warga emas dan pesakit yang trauma yang sering rasa tidak berkeyakinan untuk keluar dari rumah. Alat ini dilengkapi dengan sistem keselamatan dan memberi maklumat tentang tentang tekanan darah, suhu badan dan nadi. Butang kecemasan disediakan bagi memudahkan pesakit untuk meminta pertolongan kecemasan dengan menghantar isyarat kepada pusat operasi dan mudah untuk mengesan lokasi pesakit untuk menghantar bantuan. Alatan ini membantu pesakit lebih berdikari, berkeyakinan dan berinteraksi.


4.   Mobisante’s ultrasound device

Mobisante’s ultrasound membolehkan sebuah telefon bimbit pintar menjadi sebuah mesin ultrasound kecil yang boleh dibawa kemana-mana dan tepat. Alat ini masih belum dikomersialkan secara besar-besaran, namun dijangka akan meningkat penjualan di pasaran apabila menjelang 2015 bersesuaian dengan permintaan pelanggan untuk mendapat kemudahan kesihatan yang optimum.

5. Pro Nursery Bottle

Baby Pro Nursery Bottle Warmer boleh menyuamkan botol susu yang berisi susu formula atau susu ibu dengan cepat dan sekata walaupun telah disejukkan selama 8 jam. Alatan ini boleh digunakan untuk semua jenis botol susu tanpa mengira bentuk. Alatan ini dilengkapi dengan kemudahan Auto shut-off untuk keselamaan dan mempunyai lampu untuk memudahkan penggunaan pada waktu malam.

6. Blood Warmer

 Blood warmer merupakan alatan elektrik yang mengeluarkan haba kering untuk memberi haba tambahan kepada intravenous tubing semasa infuse darah. Alatan ini sesuai digunakan untuk semua jenis tubing.


7. Kelengkapan Katil di hospital

Beberapa tahun lalu pasukan reka bentuk telah berbincang untuk membangunkan protokol komunikasi baru untuk keperluan katil hospital masa depan. Teknologi protokol siri dalaman yang sedia ada adalah berdasarkan standard yang popular, tetapi disesuaikan dengan tahap kemampuan pengeluar . Kakitangan kejuruteraan yang diperlukan untuk mengekalkan protokol semakin meningkat. Kemaskini kepada standard itu harus dikawal secara manual untuk melaksanakan ciri-ciri baru . Alat pembangunan dan perkakasan mahal dan persekitaran pembangunan adalah sukar untuk berhijrah kesistem operasi Window yang baru.

Pesakit di katil hospital akan kagum jika mereka tahu tentang bilangan modul elektronik yang diperlukan untuk menyampaikan penjagaan premium bagi pesakit dan meningkatkan keberkesanan penjagaan kesihatan. Persekitaran hospital mempunyai satu set yang dilengkapi dengan pelbagai keperluan: dari kemudahan penginapan jangka panjang , penginapan jangka pendek untuk penjagaan kritikal. Bagi setiap persekitaran, kerumitan dan bilangan modul elektronik boleh berbeza-beza sehingga 20 mikropemproses bebas berkomunikasi bersama-sama.


8. Gelang tangan dengan kod bar

Penggunaan gelang tangan dengan percetakan kod bar membolehkan pekerja hospital untuk mengurangkan kesilapan dalam pemberian ubat di hospital yang boleh disebabkan oleh kekeliruan tentang identiti pesakit. Kod bar yang unik membolehkan data mengenai pesakit dan prosedur perubatan yang akan dilakukan disimpan dan mudah diakses oleh orang-orang yang diberi kuasa . Sistem kod bar, apabila digunakan dengan pengimbas khas, membolehkan jururawat mengenalpasti pesakit semasa menyampaikan ubat-ubatan atau mengambil spesimen untuk analisis.
Penggunaan kod bar pada pergelngan tangan membolehkan semua maklumat mengenai pesakit boleh diakses oleh pekerja-pekerja hospital tanpa menjejaskan mana-mana maklumat sulit pesakit.

9. Pam MiniMed

Ini adalah pam MiniMed merupakan alat yang tidak menonjol dan tidak megandungi alat keluli. Ia merupakan satu pam insulin. Kecil dan  ringan yang datang dalam pelbagai jenis iaitu biru, kelabu dan ungu. Peranti memegang kapasiti maksimum 176-300 unit yang memenuhi keperluan kebanyakan orang yang mengambil masa sehingga 50 unit sehari.
Satu kajian Itali mendapati bahawa pesakit kencing manis menggunakan pam insulin seperti ini mempunyai terapi yang berkaitan dengan 70% kurang rasa tidak puas hati berbanding pesakit yang menggunakan terapi suntikan berganda.
Pam MiniMed, dan lain-lain seperti itu, akhirnya memberi pesakit kencing manis ruang privasi, selesa dan pilihan yang mereka impikan.

10. Pump Micro Infusi
Fungsi:
• Berterusan mikro infusi di ICU dan CCU
• Terapi penyelenggaraan mikro infusi dan pemindahan darah pada bayi pra-matang dan neonat
• Suntikan hormon
• suntikan Berterusan anestetik
• Suntikan oxyfocics
• Suntikan antikoagulan semasa dialisis dan peredaran darah extracorporeal
• Bagi ubat-ubatan anti kanser

Monday, 14 April 2014

Biodata

Assalamualaikum & Hi.



Nama: Nur Fatin Binti Ramli


No.Matrik: A 138012

Fakulti: Perubatan

Tahun Pengajian: 3

Semester: 2 (2013/2014)


Jurusan: Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan UKM.


Email: Myraz92@hotmail.com



"Live a meaningful and fun life"