Welcome to my Blog

Welcome to my Blog

Saturday, 17 May 2014

Isu: Oh Missy

Assalamualaikum & Hi !

Tajuk artikel saya:

" Oh Missy "
Inspired by a song titled Rescue by Yuna


Oh Missy 

by Nur Fatin Binti Ramli


"Oh missy" atau lebih tepat "Oh Jururawat". Panggilan 'missy' memang sinonim dengan jururawat terutama bagi jururawat wanita. Namun, kadang-kala ada juga yang memanggil jururawat lelaki dengan panggilan 'missy'. Kenapa? Bukan ke terlalu feminine untuk para jururawat lelaki?

Dalam bahasa Inggeris, 'missy' adalah panggilan untuk wanita muda atau anak gadis. Pada zaman jajahan British dahulu kala, doktor gemar memanggil jururawat dengan panggilan 'missy' memandangankan kebanyakannya terdiri daripada wanita muda. Panggilan 'missy' dianggap lebih sopan apabila manyapa jururawat yang tidak diketahui namanya. Namun, setelah berpuluh-puluh tahun zaman jajahan tersebut telah berlalu, panggilan 'missy' masih digunapakai sehingga ke hari ini. Namun, adakah panggilan 'missy' masih praktikal dan sesuai dengan zaman moden kini? Adakah jururawat zaman kini, selesa dengan panggilan tersebut?

Ada juga yang mengatakan bahawa panggilan 'missy' ini comel dan sesuai digunakan untuk jururawat yang kebanyakannya comel, cantik, berhemah dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Betul ke? Alhamdulillah. Kecomelan dan kecantikan itu anugerah yang dikurniakan oleh Allah. Jadi, jururawat lelaki yang dipanggil 'missy' pun dikira comel? Ehem.

Jururawat merupakan sebuah kerjaya yang mulia sekiranya kena pada niat dan tingkah laku. Tidak dapat disangkal bahawa kerjaya ini dimanipulasi oleh kaum hawa, namun kini, terdapat permintaan tinggi untuk jururawat lelaki di dalam dan juga di luar negara disebabkan oleh tenaga mereka lebih kuat berbanding wanita. 

Jururawat memerlukan kekuatan fizikal, intelektual, emosi, rohani dan juga mental yang tinggi kerana mereka berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dengan pelbagai jenis penyakit. Jumlah pesakit di hospital semakin meningkat disebabkan beberapa faktor iaitu umur, pemakanan, latar sosial, keturunan dan sebagainya. Salah satu faktor yang paling popular di Malaysia adalah pemakanan. 


Meskipun gaji dan persepsi kerjaya jururawat tidak berada di tahap yang boleh mengklasifikasikan ia sebagai sebuah kerjaya yang professional, namun jururawat merupakan kerjaya yang paling dekat dengan semua lapisan masyarakat. 

“Jadi jururawat adalah menjadi sebahagian daripada hidup orang lain. Sabar, ikhlas, cekap dan tanamkan rasa cinta, InsyaALLAH, anda akan berasa profesyen ini suatu kecintaan yang sangat suci,” kata Professor Dr Hjh Rohani Hj Arshad, tokoh jururawat Malaysia 2008. 
Kita dapat melihat terdapat ramai jururawat yang bertugas atau perkhidmat di hospital dan juga klinik, namun mereka kekurangan tokoh yang berada di atas untuk mendukung kerjaya ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Ini merupakan peluang keemasan bagi pelajar kejururawatan untuk berusaha lebih gigih dan mencapai tahap yang lebih tinggi untuk menaiktarafkan kerjaya jururawat seperti yang sedang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika dan sebagainya. 

Pelajar kejururawatan kini yang sedang mencari peluang kerjaya perlu lebih kreatif dan berfikiran terbuka untuk pergi lebih jauh. Tidak seperti kerjaya lain yang telah stabil seperti doktor, engineer, guru dan sebagainya, kerjaya jururawat memerlukan individu yang bergiat aktif untuk berada diatas dan meletakkan kerjaya jururawat sebagai kerjaya yang mempunyai kepakaran yang lebih spesifik seperti pakar motivasi, pakar penjagaan luka, pakar jagarawatan intensif dan sebagainya.  

Banyak usaha yang boleh dilakukan bagi menaiktaraf kerjaya seorang jururawat. Kerjaya ini mungkin telah menggapai tahap yang tinggi di hati masyarakat, namun, untuk kepuasan di hati jururawat zaman kini juga penting, bukan tujuan untuk menunjuk-nunjak tapi untuk mencapai suatu kepuasa berada di tahap yang tinggi dalam kerjaya jururawat. Yeah Missy!

Kita? Kita yang masih bergelar pelajar kejururawatan UKM, pasti boleh pergi lebih jauh, InsyaAllah. Pergilah merantau dimana pun untuk mencari ilmu, kerana ilmu Allah itu terlalu luas. 

Terima kasih.


So, apa pendapat korang tentang artikel ni?
"Let's head to success"


16 comments:

  1. saya suka pesakit2 memanggil saya dengan panggilan 'missy'. =)

    ReplyDelete
  2. panggilan "misi" dah digunakan sejak zaman dulu hinggakan sekarang ramai yang memanggil jururawat dengan panggilan "misi".

    ReplyDelete
  3. pada pendapat saya, panggilan "misi" adalah satu panggilan yang sopan dan boleh dikatakan agak comel, tidak ada salahnya jika panggilan ini ditujukan kepada Jururawat lelaki kerana pada zaman ini semakin ramai lelaki yang melibatkan diri dalam bidang jururawat. tidak kira sama ada jururawat lelaki atau perempuan, masing-masing memikul tugas yang sama.

    ReplyDelete
  4. From my point view, it is not wrong at all. Male nurse or female nurse to be call as 'Missy'.
    But all the nurses and community should be well inform regarding the word itself.
    This is to correct the misunderstanding that the word Missy is only for female nurse.
    But for me, a name is just a name. Whatever how people address the nurse, nurse still a nurse, and he/she still work and do his/her job as a nurse.
    My suggestion to feature nurse leaders :) :make new name that people can address nurse without looking at the gender....
    create the history....:) good luck everyone

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...

    saya merasakan panggilan 'misi' sudah terlalu biasa dipanggil. ianya mudah dan orang faham. apa yang penting masyarakat tahu apa sebenarnya tugas sebagai jururawat yang kadang2 orang beranggap jadi 'misi' is low profile, tak ada class, tak ada standard, hanya ikut arahan doktor dan etc...dan semua itu totally wrong. 'misi' melaksanakan arahan doktor dengan berfikir samada ianya relevan atau tidak untuk pesakit ini, dan masyarakat harus tahu pengetahuan dan pengalaman 'misi' adalah lebih berbanding kerjaya dihospital yang lain.

    low profile di mata manusia tidak menjadi kudis atau memberikan kesan pada 'misi' tetapi 'misi' is high profile disisi ALLAH jika 'misi' benar2 menjadikan dirinya sangat bermanfaat pada orang lain,dan ikhlas serta buat semua kerana Allah.

    pendedahan tentang kerjaya 'misi' harus dipertingkatkan agar semua mata-mata yang diluar itu melihat dan menghargai setiap titik peluh,keringat, masa, tenaga yang dicurahkan sepenuhnya kepada pesakit,.sangat mulia.

    'misi'lelaki kini sangat diperlukan di malaysia sedangkan diluar negara lelaki menjadi 'misi' sangat tidak pelik dan menjadi sesuatu yang biasa.

    sekian.

    MASINAWATI BINTI MOHAMMAD ZAINI
    A137844

    ReplyDelete
  6. 'misi' @ 'nurse' @ 'jururawat' adalah semua benda yg sama,, tapi tahap pemikiran seseorang tu yg lain2... benda ni x sepatutnya ada pon,,,cuma sesetengah orang pelik bile panggil nurse lelaki 'misi'...

    ReplyDelete
  7. ada juga sesetengah pesakit memanggil student nurse dengan gelaran "adik" . Kita nampak muda lah kot, tapi bila dah ada jawtan sebagai seorang jururawat, tidak kira panggilan apa yang diberi, laksanakan tanggungjawab tersebut mengikut amanah yang telah diberikan dengan hati yang ikhlas. Sebenarnya semua jururawat kelihatan comey dimata pesakit sekiranya jururawat tersebut berkelakukan sopan ketika memberi rawatan kepada pesakit . =)

    siti sara binti kuseri (A138060)

    kat indonesia, nurse digelar suster (betul ke eja nie).. ? so lepas nie kita panggil suster je lah.. hehheheh

    ReplyDelete
  8. Salam, bagi saya tidak kisahpun memanggil 'Missy" ke.. apa ke.. cuma rasa bagus sebab seluruh dunia tahu kalau missy je kita sebut mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran mereka adalah jururawat. Perkara ini bagus sebab profession kita mempunyai panggilan sendiri. Namun sekarang, saya mendapati sudah ramai masyarakat sudah tidak memanggil missy lagi terutama golongan muda sekarang. Merela lebih gemar memanggil 'Nurse' mahupun 'Staff Nurse'. apa-apa gelaran pun tidak mengapa jadi panggilannya menarik. Oh, bagi jururawat lelaki, isu panggilan missy ni mungkin ada sesetengahnya merasa malu sebab seperti nama panggilan bagi wanita, tetapi bagi saya, itu tidak perlu difikirkan sebab 'mind set' kita sendiri memikirkan begitu memandangkan pada era dahulu profession jururawat ini adalah perempuan. Kita sekarang berada di era moden dan teknologi jadi perkara ini sudah tidak menjadi hairan lagi dan kebanyakan masyarakat kita sudah mula bersikap terbuka dan tidak berasa pelik memanggil missy kepada jururawat lelaki. :)

    Nor Hazwani binti Mohd Marzuki A138650

    ReplyDelete
  9. Hi Aten,

    Saya tidak suka dipanggil Missy sebenarnya. Saya tidak faham asal usul kewujudan panggilan ini tetapi untuk saya, perkataan ini macam tidak sesuai untuk menggelar seorang jururawat. kenapa tak guna perkataan jururawat, nurse? walaubagaimanapun, kita harus sentiasa ingat tanggungjawab sebagai seorang jururawat, iaitu kita nak rawat pesakit tersebut, dari segi fizikal, emosi, mental rohani, keseluruhan. Tidak kira apa panggilan yang digelar, tanggungjawab kita tetap sama. dan isu hormat itu akan wujud sekiranya pesakit berpuas hati dengan rawatan kita. ^^

    (PS: Saya juga sering dipanggil 'ah moi'. tetapi ini masuk topik lain kut..hehe)

    TAN JIA YEE A138200

    ReplyDelete
  10. Pada asal sy xkisah pun patient panggil sy ape.. tp sy paling suka ble dipanggil adik XD (tahu2 lah sebabnye).. tp ble dah tahu ape itu maksud missy, klu bleh xnk r org panggil sy missy.. huhu.. len cai xpe XD.. haha..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Aten Ramli....@,@....Sebenarnya saya pun baru tahu ape maksud Missy tu sebenarnya, sekarang baru jelas...bagi saya sebagai palajar jururawat saya kurang selesa jika dipanggil sebagai misi ....haha anyway thanks for the sharing.....nice topic actually.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Aten.. Comel je pilih tajuk.. >< hihi. Bagi pendapat saya, tidak kira jururawat digelar dengan panggilan apa pun, ianya tidak menjadi masalah kerana mereka tetap menjadi jururawat. Ada sesetengah orang yang memanggil 'misi', ada juga yg memanggil dengan gelaran ' nurse'. Masyarakat kita sudah terbiasa dengan gelaran tersebut. Tetapi ianya merupakan sesuatu yang unik kerana tiada profesion lain yang menggunakan gelaran lain selain daripada nama pekerjaan mereka. Contohnya seperti seorang guru, orang ramai lebih senang memanggil 'cikgu. Begitu juga dengan profesion doktor. Jadi gelaran 'misi' ini merupakan sesuatu yg unik bagi jururawat sahaja dan mungkin panggilan begitu lebih mesra antara jururawat dan juga pesakit =)

    NURUL AIN AHMAD A138927

    ReplyDelete
  13. Hello Aten, saya sangat suka dengan tajuk Aten -- ''Oh missy''.. comel sangat..
    Sebenarnya sudah lama saya ingin tahu kenapa pesakit sentiasa panggil kita '' missy missy'', ohh... sekarang baru tahu sejarahnya yang sebenar.. ''missy'' ini didapatkan daripada perkataan ''miss'', iaitu kaum perempuan yang belum kahwin/ perempuan muda.
    Bagi saya, gelaran ''missy'' ini sangat comel dan diggunakan khususnya untuk para jururawat sahaja, gelaran yang unik bagi kita. :) Sebenarnya saya tak kisah pun apa gelaran yang dipanggil oleh pesakit, asalnya saya tahu pesakit tengah panggil saya dan yang penting pesakit rasa rapat dan mesra semasa menggunakan gelaran ini untuk panggil jururawat.
    Perkongsian yang sangat menarik, terima kasih Aten.

    CHEW FANG SIEN A137791

    ReplyDelete