Welcome to my Blog
Thursday, 29 May 2014
Saturday, 17 May 2014
Isu: Oh Missy
Assalamualaikum & Hi !
Tajuk artikel saya:
" Oh Missy "
Inspired by a song titled Rescue by Yuna
Tajuk artikel saya:
" Oh Missy "
Inspired by a song titled Rescue by Yuna
Oh Missy
by Nur Fatin Binti Ramli
"Oh missy" atau lebih tepat "Oh Jururawat". Panggilan 'missy' memang sinonim dengan jururawat terutama bagi jururawat wanita. Namun, kadang-kala ada juga yang memanggil jururawat lelaki dengan panggilan 'missy'. Kenapa? Bukan ke terlalu feminine untuk para jururawat lelaki?
Dalam bahasa Inggeris, 'missy' adalah panggilan untuk wanita muda atau anak gadis. Pada zaman jajahan British dahulu kala, doktor gemar memanggil jururawat dengan panggilan 'missy' memandangankan kebanyakannya terdiri daripada wanita muda. Panggilan 'missy' dianggap lebih sopan apabila manyapa jururawat yang tidak diketahui namanya. Namun, setelah berpuluh-puluh tahun zaman jajahan tersebut telah berlalu, panggilan 'missy' masih digunapakai sehingga ke hari ini. Namun, adakah panggilan 'missy' masih praktikal dan sesuai dengan zaman moden kini? Adakah jururawat zaman kini, selesa dengan panggilan tersebut?
Ada juga yang mengatakan bahawa panggilan 'missy' ini comel dan sesuai digunakan untuk jururawat yang kebanyakannya comel, cantik, berhemah dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Betul ke? Alhamdulillah. Kecomelan dan kecantikan itu anugerah yang dikurniakan oleh Allah. Jadi, jururawat lelaki yang dipanggil 'missy' pun dikira comel? Ehem.
Jururawat merupakan sebuah kerjaya yang mulia sekiranya kena pada niat dan tingkah laku. Tidak dapat disangkal bahawa kerjaya ini dimanipulasi oleh kaum hawa, namun kini, terdapat permintaan tinggi untuk jururawat lelaki di dalam dan juga di luar negara disebabkan oleh tenaga mereka lebih kuat berbanding wanita.
Jururawat memerlukan kekuatan fizikal, intelektual, emosi, rohani dan juga mental yang tinggi kerana mereka berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dengan pelbagai jenis penyakit. Jumlah pesakit di hospital semakin meningkat disebabkan beberapa faktor iaitu umur, pemakanan, latar sosial, keturunan dan sebagainya. Salah satu faktor yang paling popular di Malaysia adalah pemakanan.
Meskipun gaji dan persepsi kerjaya jururawat tidak berada di tahap yang boleh mengklasifikasikan ia sebagai sebuah kerjaya yang professional, namun jururawat merupakan kerjaya yang paling dekat dengan semua lapisan masyarakat.
“Jadi jururawat adalah menjadi sebahagian daripada hidup orang lain. Sabar, ikhlas, cekap dan tanamkan rasa cinta, InsyaALLAH, anda akan berasa profesyen ini suatu kecintaan yang sangat suci,” kata Professor Dr Hjh Rohani Hj Arshad, tokoh jururawat Malaysia 2008.
Kita dapat melihat terdapat ramai jururawat yang bertugas atau perkhidmat di hospital dan juga klinik, namun mereka kekurangan tokoh yang berada di atas untuk mendukung kerjaya ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. Ini merupakan peluang keemasan bagi pelajar kejururawatan untuk berusaha lebih gigih dan mencapai tahap yang lebih tinggi untuk menaiktarafkan kerjaya jururawat seperti yang sedang berlaku di negara-negara maju seperti Amerika dan sebagainya.
Pelajar kejururawatan kini yang sedang mencari peluang kerjaya perlu lebih kreatif dan berfikiran terbuka untuk pergi lebih jauh. Tidak seperti kerjaya lain yang telah stabil seperti doktor, engineer, guru dan sebagainya, kerjaya jururawat memerlukan individu yang bergiat aktif untuk berada diatas dan meletakkan kerjaya jururawat sebagai kerjaya yang mempunyai kepakaran yang lebih spesifik seperti pakar motivasi, pakar penjagaan luka, pakar jagarawatan intensif dan sebagainya.
Banyak usaha yang boleh dilakukan bagi menaiktaraf kerjaya seorang jururawat. Kerjaya ini mungkin telah menggapai tahap yang tinggi di hati masyarakat, namun, untuk kepuasan di hati jururawat zaman kini juga penting, bukan tujuan untuk menunjuk-nunjak tapi untuk mencapai suatu kepuasa berada di tahap yang tinggi dalam kerjaya jururawat. Yeah Missy!
Kita? Kita yang masih bergelar pelajar kejururawatan UKM, pasti boleh pergi lebih jauh, InsyaAllah. Pergilah merantau dimana pun untuk mencari ilmu, kerana ilmu Allah itu terlalu luas.
Terima kasih.
So, apa pendapat korang tentang artikel ni?
"Let's head to success"
Friday, 16 May 2014
Produk Inovasi (10 gambar)
Produk Inovasi Saya
Tada! Ni dia produk saya untuk subject Inovasi. Secara ringkas, produk ini sangat sesuai untuk pelajar-pelajar kejururawatan, staff nurses, doktor dan sebagainya yang memerlukan satu ruang yang boleh memuatkan semua barang kecil penting seperti, kad matrik, duit belanja harian, kunci rumah, kad access dan kad bank. Semua benda ini boleh muat dalam satu 'Compax', jadi memudahkan anda untuk mencari barang dalam poket dan lebih teratur. Jika berminat, boleh message saya.
Ini produk saya. Anda?
Good luck!
10 Gambar item Teknology Inovasi
T-Haler
merupakan sebuah alatan digital untuk melatih cara-cara penggunaan inhaler yang betul untuk pesakit yang
menghidapi asthma. Teknologi baru ini
telah direka oleh penyelidik-penyelidik dari Cambridge Consultants. Alatan ini
berfungsi dengan wujudnya software
interaktif yang disambungkan kepada alatan tersebut secara wireless untuk memberi maklum balas tentang penambahbaikan yang
perlu dilakukan oleh pesakit. Alatan ini akan mengesan tiga faktor keberkesanan
aliran ubat iaitu; goncangan alatan sebelum pesakit menarik nafas, daya
kekuatan pesakit menarik nafas, dan penekanan di canister untuk pelepasan ubat di waktu yang optimal. Alatan ini
sesuai digunakan di klinik kesihatan, sekolah dan farmasi bagi semua lapisan
masyarakat.
2. Intel Health Guide PHS6000
Alatan ini merupakan sebuah penyelesaian yang komprehensif yang
digunakan oleh pesakit di rumah yang dirangkaikan secara online bagi memudahkan pegawai kesihatan memeriksa keadaan semasa
pesakit dari jarak jauh dan membantu dalam perancangan penjagaan pesakit di
rumah. Alatan ini dilengkapi dengan software yang memudahkan pesakit berkomunikasi
melalui video dan suara dengan
pegawai kesihatan mereka dari jarak jauh. Alatan interaktif ini berfungsi untuk
mengumpul data tanda vital, pelan
jagarawatan yang efektif, reminder kepada
pesakit, bahan mengajar dan bahan komunikasi.
3. Walking Cane
Alatan ini membantu pesakit yang gemar bergerak
secara aktif dan sukar keluar dari rumah disebabkan oleh masalah kesihatan.
Alatan yang kelihatan seperti tongkat ini direka untuk kegunaan harian yang
dilengkapi dengan teknologi khas. Alatan bantuan ini direka khas untuk warga
emas dan pesakit yang trauma yang sering rasa tidak berkeyakinan untuk keluar
dari rumah. Alat ini dilengkapi dengan sistem keselamatan dan memberi maklumat
tentang tentang tekanan darah, suhu badan dan nadi. Butang kecemasan disediakan
bagi memudahkan pesakit untuk meminta pertolongan kecemasan dengan menghantar
isyarat kepada pusat operasi dan mudah untuk mengesan lokasi pesakit untuk
menghantar bantuan. Alatan ini membantu pesakit lebih berdikari, berkeyakinan
dan berinteraksi.
4. Mobisante’s
ultrasound device
Mobisante’s ultrasound membolehkan sebuah telefon bimbit pintar menjadi
sebuah mesin ultrasound kecil yang boleh dibawa kemana-mana dan tepat. Alat ini
masih belum dikomersialkan secara besar-besaran, namun dijangka akan meningkat
penjualan di pasaran apabila menjelang 2015 bersesuaian dengan permintaan
pelanggan untuk mendapat kemudahan kesihatan yang optimum.
5. Pro Nursery Bottle
Baby
Pro Nursery Bottle Warmer boleh menyuamkan botol susu yang berisi susu formula
atau susu ibu dengan cepat dan sekata walaupun telah disejukkan selama 8 jam.
Alatan ini boleh digunakan untuk semua jenis botol susu tanpa mengira bentuk.
Alatan ini dilengkapi dengan kemudahan Auto
shut-off untuk keselamaan dan mempunyai lampu untuk memudahkan penggunaan
pada waktu malam.
6. Blood Warmer
7. Kelengkapan Katil di hospital
Beberapa tahun lalu pasukan reka bentuk telah
berbincang untuk membangunkan protokol komunikasi baru untuk keperluan katil
hospital masa depan. Teknologi protokol siri dalaman yang sedia ada adalah
berdasarkan standard yang popular, tetapi disesuaikan dengan tahap kemampuan
pengeluar . Kakitangan kejuruteraan yang diperlukan untuk mengekalkan protokol
semakin meningkat. Kemaskini kepada standard itu harus dikawal secara manual
untuk melaksanakan ciri-ciri baru . Alat pembangunan dan perkakasan mahal dan
persekitaran pembangunan adalah sukar untuk berhijrah kesistem operasi Window
yang baru.
Pesakit di katil
hospital akan kagum jika mereka tahu tentang bilangan modul elektronik yang
diperlukan untuk menyampaikan penjagaan premium bagi pesakit dan meningkatkan
keberkesanan penjagaan kesihatan. Persekitaran hospital mempunyai satu set yang
dilengkapi dengan pelbagai keperluan: dari kemudahan penginapan jangka panjang
, penginapan jangka pendek untuk penjagaan kritikal. Bagi setiap persekitaran,
kerumitan dan bilangan modul elektronik boleh berbeza-beza sehingga 20
mikropemproses bebas berkomunikasi bersama-sama.
8. Gelang tangan dengan kod bar
Penggunaan gelang tangan dengan
percetakan kod bar membolehkan pekerja hospital untuk mengurangkan kesilapan
dalam pemberian ubat di hospital yang boleh disebabkan oleh kekeliruan tentang
identiti pesakit. Kod bar yang unik membolehkan data mengenai pesakit dan
prosedur perubatan yang akan dilakukan disimpan dan mudah diakses oleh
orang-orang yang diberi kuasa . Sistem kod bar, apabila digunakan dengan pengimbas
khas, membolehkan jururawat mengenalpasti pesakit semasa menyampaikan ubat-ubatan
atau mengambil spesimen untuk analisis.
Penggunaan kod bar pada pergelngan
tangan membolehkan semua maklumat mengenai pesakit boleh diakses oleh
pekerja-pekerja hospital tanpa menjejaskan mana-mana maklumat sulit pesakit.
9. Pam MiniMed
Ini adalah pam MiniMed
merupakan alat yang tidak menonjol dan tidak megandungi alat keluli. Ia merupakan
satu pam insulin. Kecil dan ringan yang datang
dalam pelbagai jenis iaitu biru, kelabu dan ungu. Peranti memegang kapasiti
maksimum 176-300 unit yang memenuhi keperluan kebanyakan orang yang mengambil
masa sehingga 50 unit sehari.
Satu kajian Itali mendapati
bahawa pesakit kencing manis menggunakan pam insulin seperti ini mempunyai
terapi yang berkaitan dengan 70% kurang rasa tidak puas hati berbanding pesakit
yang menggunakan terapi suntikan berganda.
Pam MiniMed, dan lain-lain
seperti itu, akhirnya memberi pesakit kencing manis ruang privasi, selesa dan
pilihan yang mereka impikan.
10. Pump Micro Infusi
Fungsi:
• Berterusan mikro infusi di ICU dan CCU
• Terapi penyelenggaraan mikro infusi dan pemindahan darah pada bayi
pra-matang dan neonat
• Suntikan hormon
• suntikan Berterusan anestetik
• Suntikan oxyfocics
• Suntikan antikoagulan semasa dialisis dan peredaran darah
extracorporeal
• Bagi ubat-ubatan anti kanser
Subscribe to:
Posts (Atom)